minta saya send kan email kepada anda resepi ini.
tinggalkan email anda di dalam ruangan komen untuk anda dapatkan resepi ini.
Tak da cas la.. FREE..
atau anda boleh send kepada email saya husni.mohd@gmail.com
Monday, November 30, 2009
Tuesday, November 3, 2009
Manual Langkah Permulaan Tanaman Cendawan
Di sini saya ingin kongsikan beberapa langkah bagi individu yang ingin mencuba tanaman cendawan ataupun individu yang ingin belajar tentang cara gaya tanaman cendawan.
Pertama sekali, anda perlulah ada tempat untuk di mana anda meletakkan cendawan tersebut. Lebar setiap bongkah adalah 5 inci dan tinggi 8 inci. Kebiasaannya pengusaha-pengusaha cendawan menyusun bongkah secara baring dan disusun bertindih-tingkat. Disyorkan setiap tindihan adalah tidak lebih dari 5 bongkah kerana bongkah cendawan menerima tekanan yang tinggi jika ditindih terlalu banyak.
Apakah suhu dan persekitaran yang sesuai sebagai tempat simpanan cendawan(bongkah)? Suhu 33'c kebawah dan kelembapan udara 80% adalah yang ideal bagi tanaman ini. Bagaimana anda hendak tahu ciri-ciri ini? Anda pilih satu kawasan, anda cuba berdiri di situ. Kalau badan anda rasa selesa, makanya bongkah cendawan sesuai diletak di kawasan itu. *kawasan tanah pamah(tanah rendah) di Malaysia amat sesuai di tanam dengan tanaman cendawan thiram kelabu kerana suhu dan iklimnya.
Ciri-ciri tempat yang baik:-
1.Pengudaraannya baik
2.Tahap kelembapan yang baik
3.Kawalan dari binatang(secure)-maksudnya berjaring
4.Bersih dari udara tercemar.
Asasnya, tanaman cendawan perlu kualiti udara yang baik(tanpa asap, tanpa bahan kimia) kerana ia tidak akan tumbuh dalam udara yang tercemar.
Kembali kepada topik, anda perlu ada tempat meletak bongkah cendawan ini. Tidak perlu keluar modal yang tinggi untuk menyediakan tempat, gunakan apa yang ada. Rak kasut yang tidak digunakan lagi sebagai contoh. Tetapi, untuk keselamatan, basmikan kuman dahulu ke atas sesuatu barangan. Gunakan detol untuk membasmi kuman. Bancuh 10ml detol untuk 1liter air biasa. Lapkan sahaja.
Selepas itu, susun bongkah.
Tunggu kematangan bongkah untuk dibuka. Lazimnya selepas 2 bulan. Pastikan tempat simpanan bongkah cendawan anda bebas dari kuman. Amalkan langkah menyembur bancuhan air detol(antibakteria) kesekitar tempat simpanan tapi jangan terlalu kerap, makan modal pulak nanti.
Sebelum anda membuka penutup bongkah, pastikan tangan anda dilapkan dahulu dengan bancuhan detol. Buka penutup.
Dalam anggaran masa 4 hari dan sekitarnya, cendawan akan tumbuh tetapi tidak secara sekata kerana bergantung kepada kekuatan benih setiap bongkah. Cabut dan sembur dengan EM untuk lebih menjaga kualiti disamping memberi kekuatan pada benih yang akan tumbuh selepas ini.
Tutup kembali penutup bongkah. Setiap bongkah yang dituai hasilnya perlu diberi rehat selama 10 hari. Dan bukaan seterusnya adalah pada hari ke 15 selepas bongkah ditutup.
Bagaimana untuk mendapatkan hasil setiap hari.
Kita bermula dengan 2 bongkah setiap hari. Apa yang anda perlukan adalah 28 bongkah untuk dibuka pada setiap hari sebanyak 2 bongkah.
Maksudnya kalau satu bongkah setiap hari anda perlukan 14 bongkah. Ini adalah kerana selepas anda mengutip hasil, anda perlu merehatkan bongkah itu selama 10 hari.
Macam ini:,
hari pertama- anda buka 2 penutup bongkah.
hari ke-5 - anda kutip hasil, lepas tu tutup balik dengan penutup
hari ke-5 hingga ke 14 - anda rehatkan bongkah
hari ke-15 buka balik dan ulang langkah.
jadual seperti dibawah
Huruf dalam kotak mewakili hari.
Kotak yang bertanda adalah hari hasil dikutip.
Cubalah kalau ada masa.
Ini salah satu cara yang mudah dan ringkas untuk melihat proses tanam cendawan. Saya pun masih belajar.

Monday, November 2, 2009
cendawan thiram kelabu
Segalanya tentang cendawan. Penanaman cendawan di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi, ia sudah berkembang sejak 1950an lagi mengikut peringkat-peringkat tetapi senyap sebentar pada tahun 1970an dan sekitarnya dan kembali ke persada peminat-peminat usahawan awal 1990. Dahulunya medium yang diguna pakai adalah seperti jerami padi, batang-batang pokok dan seumpamanya.
Tetapi dengan penyelidikan yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian dan individu-individu suatu mekanisma baru dalam penanaman cendawan telah berjaya diterokai dengan penghasilan yang lebih bersifat komersil berbanding penanaman secara tradisi.
Habuk kayu getah diguna pakai sebagai medium penanaman cendawan. Yang menjadi permasalahannya sekarang adalah tiba-tiba sahaja habuk kayu getah dijual. Itu lah lumrah, tiada permintaan, jatuh lah nilai sesuatu. Tetapi, jika ada.
Walaupun begitu syor saya kepada individu-individu yang berminat untuk memulakan tanaman cendawan ini adalah dengan membeli bongkah(plasti beg yang telah siap diproses dan telah ada benih di dalamnya). Ini adalah kerana, modal untuk anda membuat bongkah-bongkah adalah tinggi jika sedikit kuantitinya. Tambahan pula, tempoh matang untuk anda boleh mengutuip hasil adalah lebih 2 bulan(60 hari tempoh matang).
Di sini saya menawarkan bongkah cendawan untuk dijual. Antara kelebihan yang akan anda dapat adalah:
-anda tak perlu menyediakan tempat pengukusan,
-anda tak perlu menyediakan tempat untuk suntikan, yang anda kena pastikan tiada bakteria.
-anda tak perlu membungkus, makan masa, modal tenaga kerja,
-anda tak perlu tunggu lama, bongkah untuk anda sudah berumor pra-matang(1bulan setengah)
Tetapi anda perlu menempah bongkah ini sebulan sebelum kerana permintaan terhadap bongkah ini amat tinggi.
p/s:sampai ke tempat anda, anda hanya perlu 2 minggu untuk bermula, bahkan ada bongkah yang terlalu subur yang pengeluaran cendawannya terlalu awal. Tetapi masa anda hanya 2 minggu untuk anda menanti.
Harga RM 0.90 perbongkah dengan kuantiti minimum 1500 bongkah
Tempah sekarang!!!
017-4377587 HUSNI SULAIMAN

Sunday, October 18, 2009
Saturday, October 17, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)